Wednesday, August 06, 2014

Butiran Latihan

Sebagai sebuah gelanggang Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, pengajaran dan pelajaran Silat Seni Gayung merupakan aktiviti utama kita. Berikut merupakan bentuk latihan silat yang dijalankan di KSSGUTM:

Latihan Formal

PSSGUTM akan mengadakan latihan formal sebanyak dua kali seminggu. Latihan akan diketuai oleh Gurulatih utama kami, iaitu Cikgu Mohd Noor bin Hj Abdul Samad, dan akan dibantu oleh para pembantu jurulatihnya. Butiran latihan formal adalah seperti berikut:

Latihan Pertama
Hari: Selasa
Masa: 9.00mlm -10.30mlm
Tempat: Dewan Seri Berlian, Kolej Tun Fatimah*

Latihan Kedua
Hari: Jumaat
Masa: 3.00ptg - 5.30ptg
Tempat: Dewan Seri Berlian, Kolej Tun Fatimah*

*Tempat adalah tertakluk kepada kekosongan dewan dan juga bentuk latihan yang akan dijalankan. Sebarang perubahan akan diberitahu melalui fanpage di Facebook.

Latihan Tidak Formal

Selain daripada latihan formal, kelab juga ada menganjurkan latihan tidak formal. Latihan tidak formal akan diadakan pada petang-petang hari Ahad, Isnin, Rabu, Khamis dan Sabtu selepas Asar di padang belakang Sports Hall 2, Kolej Tun Fatimah. Tujuan latihan tidak formal ini adalah untuk ahli kelab beriadah bersama dan bersuai kenal sesama ahli selain melatih semula pelajaran yang telah dipelajari semasa latihan formal.