Sejarah Perkembangan PSSGM
Bermula di Kampung
Air Kuning, Taiping, Perak, Meor Abdul Rahman bersama abangnya Meor Abdul Aziz
mempelajari ilmu Silat Seni Gayung daripada datuk mereka sebelah ibu
mereka iaitu Syed Zainal bin Syed Idrus Al-Attas (Tok Janai) di Pahang. Pada asalnya nama ilmu persilatan ini adalah Silat Seni Sendi Harimau sebelum ditukarkan namanya oleh Dato' Meor Abdul Rahman kepada Silat Seni Gayung.
Cerita perkembangan Silat Seni Gayung mula mendapat perhatian umum pada
tahun 1942. Hal ini berikutan kejayaan Dato' Meor Abdul Rahman
menyelamatkan penduduk Pulau Sudong daripada serangan tentera Jepun.
Selepas
pemerintahan Jepun, Dato' Meor Abdul Rahman kembali ke Singapura. Tak
lama kemudian, beliau telah diundang menjadi Penghulu di Pulau Sudong.
Berikutan hal itu, beliau telah menjadikan Pulau Sudong sebagai Pusat
Silat Seni Gayung sehingga berkembang ke pulau-pulau lain.
Dari
Singapura, Silat Seni Gayung berkembang ke Johor. Antaranta mereka yang
memasuki silat ini adalah Dato' Onn Jaafar pada tahun 1956. Di negeri
Johor, gelanggang pertaman yang dibuka adalah di Kampung Jalan Yahya
Awal, Johor Bahru.
Di
negeri Kedah, Silat Seni Gayung telah diperkenalkan dengan daya usaha
Tengku Laksamana Kedah, iaitu Tengku Kassim Putra. Beliau telah
menjemput rombongan Silat Seni Gayung dari Singapura seramai 40 orang
untuk membuat pertunjukan di hadapan Sultan Badlishah yag telah berjaya
menarik orang ramai untuk menyertai Silat Seni Gayung. Barisan pertama
yang menjadi murid Gayung ialah Tengku Kassim sendiri, Tunku Abdul
Rahman Putra dan Pendekar Abdul Hamid Tahyat.
Pada
awal tahun 1959, Dato' Meor Abdul Rahman dan Dato' Onn Jaafar sendiri
telah mengadakan lawatan ke Kedah untuk melihat perkembangan Gaung di
sana. Mereka telah membawa Abdul Majid, Ramli Ibrahim dan Ramli Maarof
mengikuti lanjutan kursus Silat Seni Gayung di gelanggang Gayung di
Lorong Fatimah. Silat Seni Gayung terus berkembang ke negeri-negeri lain
sehingga menjadi pertubuhan silat yang terbesar mengatasi pertubuhan
silat lain.
Setiausaha
Agung yang pertama bagi Pertubuhan Silat Seni Gayung ialah Dato' Onn
Jaafar dan beliau telah berusaha mengembangkan Silat Seni Gayung ini
sehingga akhirnya diiktiraf sebagai seni mempertahankan diri orang-orang
Melayu. Pengajaran silat untuk mempertahankan diri kini diperluaskan
fungsinya kepada menumpukan taat setia kepada pemerintah, disiplin diri
dan mempertahankan agama.
Sebelum
Dato' Meor Abdul Rahman meninggal dunia, beliau telah memberi amanat
kepada semua ahli PSSGM supaya menjaga silat warisan bangsa Melayu
dengan baik. Pesan beliau:
"Tiang
yang paling penting dalam tuntutan ilmu silat adalah taat setia yang
tidak berbelah bahagi. Tamak haloba itu adalah salah satu daripada ciri
yang akan membunuh diri sendiri ataupun kecelakaan pada seseorang itu."
Montaj Perkembangan PSSGM
Montaj Perkembangan PSSGM