Tuesday, August 05, 2014

Pengasas PSSGM



Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman adalah pengasas Silat Seni Gayung. Allahyarham dilahirkan di Taiping, Perak pada 1915 dan mula mempelajari ilmu persilatan ketika usianya 12 tahun daripada datuk sebelah ibunya iaitu Syed Zainal Al-Attas, seorang Penghulu di Pekan, Pahang. Allahyarham diberi gelaran "Panglima Sendo Perak" oleh Almarhum DYMM Sultan Alang Iskandar setelah menunjukkan keistimeweaan dan kependekarannya di  Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar, perak ketika usianya 19 tahun.


Allahyarham merupakan anak Melayu pertama menjadi jurulatih seni mempertahankan diri kepada Signal Corp di bawah Pegawai Pemerintah Lt. Kol Pope di Gillman Barrack, Singapura pada tahun 1938. Allahyarham membawa diri kepada Pulau Sudong apabila tentera Jepun menyerang Singapura oada 1941. Pada tahun berikutnya, Allahyarham telah memilik 7 orang pemuda untuk diajar Silat Seni Gayung dengan tujuan untuk menentang tentera Jepun dan menjaga keselamatan Pulau Sudong.

Allahyarham telah dikurniakan pingat oleh King George V oleh kerajaan British pada 1947 kerana jasanya dalam menentang pendudukan tentera Jepun dan melindungi penduduk Pulau Sudong dan pada ketika itu beliau telah pun dipilih untuk enjadi anggota polis di Jabatan Siasatan Jenayah. Setelah bersara, beliau telah menubuhkan Silat Seni Gayung School di Woodland, Singapura pada 3 Disember 1963. Setelah terbentuknya Malaysia, atas nasihat Dato' Onn Jaafar, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia telah didaftarkan di Johor pada 22 Oktober 1963 dan merupakan pertubuhan silat pertama didaftarkan di Malaysia.


Kegigihan dan pengorbanan Allahyarham di dalam mengembangkan Silat Seni Gayung telah dirakamkan dengan pengurniaan Pingat Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) pada 1971 oleh Almarhum DYMM Sultan Idris Shah, Sulan Perak.

Allahyarham kembali ke rahmatullah pada Jun 1991 dalam usia 76 tahun dan dikebumikan di tempat yang istimewa di bandar Taiping, Perak, iaitu di perkarangan Masjid Lama, Taiping.